Berita UtamaDuniaPalestinTimur TengahUtama

Firma UAE beli tanah Palestin untuk Israel

Zionis sedaya upaya usir warga Palestin keluar Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 28 Zulhijjah 1440H, Khamis – Seorang pegawai Palestin melaporkan bahawa firma-firma di Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah membeli tanah di Baitulmaqdis, dan memindahkan pemilikan mereka atas nama Israel.

Timbalan Ketua Gerakan Islam di utara Israel, Sheikh Kamal Khatib berkata, firma hartanah itu juga berpengkalan di wilayah yang diduduki penduduk haram.

“Rumah-rumah yang terletak di sekitar Masjid al-Aqsa kini dimiliki oleh penduduk haram,” katanya.

Kegiatan syarikat hartanah milik UAE di Baitulmaqdis telah dilaporkan oleh media antarabangsa sebelum ini.

Sementara itu, Palestin percaya bahawa pembelian hartanah itu adalah satu daripada usaha rejim Zionis untuk mengusir mereka dari wilayah berkenaan.

Difahamkan, penduduk haram setakat ini telah mendiami lebih 85 peratus tanah di Palestin dan sedang berusaha untuk menguasai sepenuhnya negara itu.

Lebih 600,000 penduduk haram tinggal di 230 penempatan yang dibina sejak 1967 di Baitulmaqdis dan Tebing Barat.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga mengutuk cara penyelesaian Yahudi di wilayah yang diduduki dalam beberapa resolusi – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close