Berita UtamaPendapat

Usaha penyebaran liberal diteruskan

Perjuangan berteraskan nafsu hanya binasakan manusia

BIARPUN Fatwa Selangor telah memutuskan bahawa pemikiran Liberal adalah sesat dan menyeleweng, namun usaha-usaha untuk membawa suara dan pemikiran mereka tetap diteruskan. Terkini Siti Kasim melancarkan sebuah NGO bagi membawa suara-suara liberal dan golongan terpinggir (seperti LGBT?)

2. Apa yang membimbangkan adalah, pemikiran liberal ini membawa kepada kekeliruan terhadap Islam. Mereka menafikan beberapa perkara yang telah termaktub dalam syariat seperti mempersoalkan hukum menutup aurat, mempertikaikan ibadah korban malah turut meragui sifat Tuhan.

3. Usaha menimbulkan syubhat (keraguan) terhadap Islam ini tidak ubah seperti sifat Dajjal yang pernah disebutkan oleh Rasulullah ﷺ dalam sebuah hadis. Sabda Rasulullah ﷺ:

من سمع بًالدجال فلينأ عنه ، فوالله إن الرجل ليأتيه وهو يحسب أنه مؤمن فيتبعه مما يبعث به من الشبهات ، أو لما يبعث به من الشبهات

“Sesiapa yang mendengar mengenai Dajjal maka hendaklah dia menjauh darinya, kerana demi Allah, sesungguhnya akan ada seseorang lelaki yang mendatanginya dan menyangka Dajjal itu seorang yang beriman lalu dia mengikutinya kerana hebatnya syubhat yang dia bangkitkan, atau kerana syubhat yang dia tebarkan.” (HR Abu Daud)

4. Desakan liberal seperti memperjuangkan tuntutan LGBT, menuntut kebebasan untuk tidak menutup aurat malah menegaskan hak sama rata agama adalah tipu daya atau fitnah yang lahir daripada nafsu diri manusia. Inilah kebimbangan yang pernah disuarakan oleh Baginda Nabi. Sabda Rasulullah ﷺ:

إنَّما أَخْشَى عَلَيْكُم شهواتِ الْغَيِّ في بطونِكم وفروجِكم ومُضِلَّاتِ الْفِتَنِ وفي رِوَايَةٍ وَمُضِلَّاتِ الهوَى

“Sesungguhnya aku sangat takut kepada nafsu-nafsu kamu yang keji yang lahir dari perut dan kemaluan kamu. Ia adalah fitnah (tipu daya) yang menyesatkan.” (Majma’ al-Zawaid)

5. Perjuangan berteraskan kehendak nafsu hanya akan membinasakan manusia. Semoga Allah membimbing kita daripada kesesatan liberal.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close