Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Israel sekat 661 pesakit Palestin dapatkan rawatan

Eksport produk berkurangan sebanyak 42.2 peratus angkara Zionis

GAZA, 27 Zulhijjah 1440H, Rabu – Rejim pengganas Israel menyekat 661 pesakit Palestin keluar dari wilayah yang dikepung untuk mendapatkan rawatan kesihatan, menurut Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR).

Menerusi laporan bulanan PCHR semalam, pihak berkuasa Israel menghalang penduduk Palestin di Semenanjung Gaza meninggalkan atau memasuki wilayah itu melalui lintasan Beit Hanoun (Erez).

Bukan hanya menjejaskan penduduk Palestin, tindakan rejim berkenaan turut mengurangkan eskport sebanyak 42.2 peratus.

“Pesakit yang mengalami masalah kesihatan serius dibenarkan melalui lintasan berkenaan, tetapi terpaksa melalui pelbagai prosedur rumit untuk mendapatkan kelulusan Israel,” kata PCHR.

Laporan itu berkata, pesakit Palestin juga tidak dibenarkan untuk menerima rawatan di hospital Tebing Barat atau Baitulmaqdis, yang diduduki.

Rejim itu turut dilaporkan menyekat hak pesakit seperti membenarkan pemindahan hospital, kononnya atas alasan keselamatan selain melarang permintaan menukar kakitangan hospital yang merawat mereka.

Pada masa sama, pihak berkuasa Israel juga mengharamkan eksport produk dari Semenanjung Gaza, kecuali dengan kuantiti minimum dan kebanyakannya hanya produk pertanian.

Laporan PCHR juga menyatakan bahawa eskport pada bulan Julai mencatatkan penurunan sebanyak 42.2 peratus berbanding bulan Jun lepas.

Selain itu, eksport Julai yang dilaporkan adalah sama dengan 3.8 peratus eksport bulanan sebelum sekatan dikenakan.

Israel juga terus mengenakan sekatan terhadap pembekalan barangan yang diklasifikasikan sebagai barangan dwi-guna, membabitkan 118 barangan yang mengandungi produk dan bahan penting berbeza.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close