Berita PilihanBerita UtamaGambar PilihanIstimewaUtama

Khat: Kolot sangat ugut tak nak hantar anak ke sekolah

Pihak anti-Jawi hasil didikan daripada perjuangan sekolah vernakular

BANGI, 26 Zulhijjah 1440H, Selasa – Tindakan 24 NGO yang mendesak Kementerian Pendidikan menangguhkan pelaksanaan jawi atau khat di sekolah vernakular terlalu biadab, apabila tidak henti-henti mencetuskan kontroversi, kata Ketua Biro Manhaj Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim.

Terdahulu, Pasukan Tindakan Seni Khat (Sekat) dilaporkan mengugut kerajaan untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi.

Memetik Utusan, Setiausaha Sekat, Arun Dorasamy sebagai berkata, sedang berusaha mengadakan dialog dengan kerajaan untuk mencari penyelesaian baik mengenai perkara itu.

“Jika tuntutan kami tidak dipenuhi, kami mahu ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Kami akan adakan kempen untuk meyakinkan anak-anak untuk tidak pergi ke sekolah,” katanya.

Menyifatkan desakan itu sebagai jumud dan terlalu kolot, Ustaz Omar yakin betapa ceteknya pemikiran mereka mengenai pembelajaran baharu untuk para pelajar.

“Tulisan jawi dan khat bukan sahaja menjadi bahasa tulisan al-Quran, malah pernah menjadi bahasa tulisan rasmi negara,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau berkata, Sekat seharusnya perlu lebih bersikap terbuka dan bersedia dengan subjek baru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Bantahan dan penolakan demikian adalah hasil didikan daripada perjuangan sekolah vernakular itu sendiri yang hanya menjaga kepentingan satu bangsa sahaja,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close