Berita UtamaUtama

TMJ titah SMK Tanjung Adang ditutup sementara

Tunku Ismail berkenan tinjau lokasi kebakaran hutan di Gelang Patah

JOHOR BAHRU, 25 Zulhijjah 1440H, Isnin – Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat meninjau lokasi kebakaran hutan di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang, Gelang Patah dekat sini, hari ini.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor diberikan taklimat perkembangan terkini operasi pemadaman api yang membabitkan kekuatan lebih 70 pegawai dan anggota oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Datuk Yahaya Madis .

Menerusi catatan dan beberapa gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Tunku Ismail, HRH Crown Prince of Johor, baginda turut melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang yang mempunyai seramai 200 pelajar, di mana sekolah itu terletak berhampiran dengan kawasan kebakaran itu.

Pada lawatan itu, Tunku Ismail turut menitahkan supaya sekolah berkenaan ditutup sementara demi kesihatan pelajar-pelajar.

Kebakaran hutan sejak 21 Ogos lepas itu merebak sehingga seluas 98 hektar dipercayai akibat cuaca panas dan kering yang melanda negeri ini. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close