Berita UtamaUtama

Cacing naik ke mata, sampai bila kita nak sabar?

Gerakan pelampau makin tunjuk taring hina Islam, robek Perlembagaan

Oleh  Fazleen Safina

KUALA LUMPUR, 24 Zulhijjah 1440H, Ahad – Sejak pemerintahan Pakatan Harapan (PH), gerakan pelampau sama ada radikal agama atau liberal yang mengikut ideologi Cina Komunis semakin bermaharajalela dan menunjukkan taring, kata Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat.

Beliau berkata, gerakan ini bukan sahaja mengingkari keputusan kerajaan yang diumpamakan sebagai ikan bilis, malah mereka juga sudah berani menderhakai institusi Raja-Raja dan Yang Di-pertuan Agong yang diibaratkan sebagai ikan jerung.

“Puak-puak ini juga menggegar agama Islam, merobek Perlembagaan Negara dan sekarang mereka mula merosakkan pemikiran melalui perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam dan bangsa Melayu.

“Niat mereka untuk merosakkan seluruh sistem politik di dalam negara kita,” katanya ketika sesi perbahasan dalam ucaptama kluster Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) pada Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional di sini, hari ini.

Ustaz Masridzi berkata, dalam pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ini membuktikan bahawa umat Islam sedang terancam selain institusi raja, hak istimewa orang Melayu, Perlembagaan serta negara juga menghadapi tekanan sama.

Katanya, UMMAH yang selama ini tidak campur tangan dalam urusan politik terpaksa berbuat demikian apabila merasakan tanggungjawab untuk mempertahankan Melayu dan Islam.

“Dahulu para ulama dan ahli agama tidak terbabit politik, tetapi hari ini mereka telah bangkit bersama rakyat, kerana kesabaran umat Islam telah diuji.

“Apabila cacing sudah naik ke mata, apabila mereka sudah lagi tidak hormat kepada raja dan negara, sampai bila kita mesti bersabar?” soalnya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close