Berita UtamaUtama

‘Kita tak kacau mereka, tapi kenapa nak hina agama kita?’

DAP guna taktik 'reverse discrimination' salahkan pentadbiran BN

Oleh Fazleen Safina

KUALA LUMPUR, 24 Zulhijjah 1440H, Ahad
– Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan mengakui kesilapan pentadbiran Barisan Nasional (BN) terdahulu telah memberi impak kepada bangsa Melayu untuk tidak lagi menjadi keutamaan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kesilapan-kesilapan itu sekali gus memberi peluang kepada parti rasis dan cauvinis, DAP untuk menggunakan taktik ‘reverse discrimination’ bagi menyalahkan pentadbiran terdahulu.

Beliau berkata, sebenarnya taktik yang digunakan adalah bagi menutup kesalahan yang dilakukan oleh gabungan PH.

“DAP kerap mempersoal hak-hak bangsa Melayu dan memfitnah Melayu adalah bangsa rasis dan menindas kaum lain.

“Sedangkan, kita suarakan hak bangsa Melayu berdasarkan perundangan, tapi pelbagai penghinaan dibuat terhadap kaum kita.

“Kita tidak pernah hina bangsa atau agama lain, jadi mengapa mereka mesti menghina serta tidak menghormati agama dan bangsa kita?” soalnya dalam sesi cadangan dan pandangan tokoh ketika Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Musa berkata, individu yang menghina bangsa Melayu sebenarnya sama seperti mereka menghina Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua Agama Islam di negara ini.

Justeru, beliau mengingatkan polis dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera ke atas pelaku-pelaku yang sengaja mencetuskan isu perkauman dan agama.

“Melayu mestilah bersatu-padu mempertahankan hak bangsa sendiri. Kita juga mahukan keadilan sama seperti kaum lain yang memperjuangkan hak-hak mereka,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close