Berita UtamaDuniaPalestinUtama

1.3 juta pelajar Palestin mula sesi persekolahan

Kementerian Pendidikan tak berhasrat naik taraf situasi pembelajaran

RAMALLAH, 24 Zulhijjah 1440H, Ahad – Kira-kira 1.3 juta pelajar Palestin hadir ke sekolah mereka di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki ketika sesi persekolahan bermula hari ini.

Seramai 854,390 pelajar didaftarkan di sekolah awam dan sekolah yang dikendalikan oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA), manakala selebihnya akan belajar di sekolah swasta.

Jurucakap Kementerian Pendidikan Palesitn, Sadeq Khdour memberitahu agensi berita rasmi Palestin, Wafa, meskipun krisis kewangan semasa memberi kesan kepada kerajaan, kementerian masih dapat melantik 1,800 pengetua sekolah yang baharu.

“Selain itu, kementerian juga menggantikan 116 pengetua yang telah bersara daripada perkhidmatan awam di samping menampung peningkatan bilangan pelajar yang mendaftar.

“Sebanyak 24 buah sekolah dibina tahun ini, sementara bahagian baru ditambah kepada yang sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, Khdour turut memaklumkan bahawa kementerian tidak akan berusaha untuk menaik taraf keadaan pendidikan di Palestin, termasuk pembinaan sekolah baru serta penyediaan bantuan kewangan kepada sekolah yang sedia ada. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close