Asean/Asia-PasifikBerita UtamaDuniaUtama

Wanita, kanak-kanak Rohingya mangsa keganasan seksual

Tindakan kejam tentera seperti berniat untuk hapuskan etnik minoriti

NAPYITAW, 23 Zulhijjah 1440H, Sabtu – Jenayah keganasan seksual yang dilakukan rejim Myanmar ke atas kaum wanita dan kanak-kanak Rohingya dua tahun lalu, membuktikan negara itu berniat untuk menghapuskan etnik minoriti Islam berkenaan, kata penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pasukan penyiasat PBB dalam laporannya mendedahkan jenayah tentera Myanmar itu dirancang rapi yang bukan hanya merogol golongan wanita Rohingya, bahkan menjadikan kanak-kanak mangsa keganasan seksual.

“Ratusan wanita dan gadis Rohingya diperkosa, di mana 80 peratus daripada jenayah itu dilakukan oleh Tatmadaw (tentera Myanmar). Mereka patut bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah itu,” kata laporan berkenaan.

Lebih 730,000 Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh pada Ogos 2017, berikutan tindakan kejam tentera Myanmar, yang disifatkan PBB sebagai rancangan pembersihan etnik.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa Myanmar enggan bekerjasama dengan pihak yang terbabit dalam pengurusan pelarian Rohingya di luar negara, termasuk Bangladesh, Thailand dan Malaysia.

Katanya, keganasan di Rakhine memberi kesan buruk dan jangka panjang terhadap masa depan serta kesihatan mental mangsa, khususnya kanak-kanak Rohingya.

“Tatmadaw menggunakan keganasan seksual sebagai alat taktik tentera mereka. Tetapi, apa yang dilakukan ke atas Rohingya dianggap sangat ganas dan kejam, seolah-olah berniat untuk menghancurkan etnik itu,” katanya.

Laporan itu turut mengutuk sikap kerajaan Myanmar yang gagal bertanggungjawab ke atas pelaku jenayah itu, di mana anggota tentera tidak rasa takut dihukum atau dikenakan tatatertib.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close