Berita UtamaUtama

Tiada himpunan di Brickfields

Jalan menuju ke Little India masih ditutup atas faktor keselamatan

KUALA LUMPUR, 23 Zulhijjah 1440H, Sabtu – Polis mengesahkan tiada sebarang perhimpunan diadakan oleh mana-mana pihak di Little India, Brickfields di sini, petang ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, berdasarkan pemantauan polis, tiada perhimpunan seperti yang dijadual berlangsung pada 2 petang ini.

“Kami (polis) puji (orang ramai) yang tidak datang dan mematuhi arahan polis. Bagaimanapun jika ada pihak yang berdegil kami akan ambil tindakan tegas,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Little India, Brickfields di sini, hari ini.

Beliau berkata, buat masa ini, jalan menuju ke Little India, Brickfields di sini, masih ditutup atas faktor keselamatan.

“Polis akan membuat penilaian sebelum membuka laluan di kawasan ini dan bilangan anggota yang berkawal di kawasan ini mencukupi,” katanya.

Semalam, Mazlan memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak menghadiri ‘Bantah Tulisan Khat Sekolah Tamil’ dan Say No To Zakir Naik, Equal Rights to Indians and Other Race, di Little India, Brickfields, di sini. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close