Berita Utama

Calon PN tanding PRN Johor perlu angkat sumpah antirasuah

Johor bukan lagi kubu kuat UMNO dakwa Muhyiddin

MERSING, 15 Rejab 1443H, Khamis – Setiap calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilhan Raya Negeri (PRN) Johor perlu mengangkat sumpah antirasuah, sama seperti calon untuk PRN Melaka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir itu berkata, PN menawarkan kerajaan bersih kepada rakyat di Johor jika gabungan itu memenangi PRN.

Beliau juga berkata, Johor bukan lagi kubu kuat UMNO kerana mereka tewas pada pilihan raya umum yang lalu.

“Johor dikenali sebagai kubu UMNO tetapi saya ingin mengingatkan mereka bahawa mereka kalah dalam PRU14,” kata Muhyidin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Mersing Perikatan di Felda Tenggaroh, malam tadi.

“Saya tidak akan mempertahankan kerusi saya kerana saya fokus di peringkat Persekutuan tetapi saya berjanji akan membantu (kemungkinan) Menteri Besar PN sebagai penasihat ekonomi kepada negeri ini,” katanya.

Pencalonan untuk PRN Johor adalah pada 26 Februari dan pengundian pada 12 Mac.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button