Berita UtamaDuniaPalestinUtama

127 rakyat Palestin cedera ditembak pengganas Israel

Puluhan cedera akibat terkena peluru getah, gas pemedih mata

GAZA, 23 Zulhijjah 1440H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 127 rakyat Palestin cedera ketika protes mingguan, The Great March of Return di di sempadan Gaza-Israel semalam.

Sumber perubatan Palestin berkata, 54 penduduk Palestin ditembak oleh peluru hidup, dua daripadanya dilaporkan parah, sementara 73 lagi cedera termasuk tiga anggota medik dan seorang kanak-kanak akibat terkena peluru getah dan bom tangan dilepaskan rejim pengganas Israel.

Dalam protes yang sama, puluhan penunjuk perasaan turut terkena gas pemedih mata yang dilepaskan rejim bagi meleraikan himpunan yang diadakan di pelbagai lokasi sepanjang sempadan Gaza dengan Israel.

Tentera yang ditempatkan di sempadan Israel melepaskan tembakan ke ratusan penunjuk perasaan Palestin yang berkumpul di pagar bagi menuntut hak untuk pulang ke tanah air mereka yang diduduki secara haram oleh rejim Zionis Israel sejak Mei 1948.

Protes mingguan – ‘The Great March of Return’ – adalah protes yang dilancarkan pada 30 Mac tahun lalu oleh ribuan rakyat Palestin di Gaza kerana menderita akibat pengepungan Israel selama sedekad.

Sejak bermulanya protes itu, ratusan rakyat Palestin terbunuh manakala ribuan lagi cedera akibat terkena tembakan tentera Israel. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close