Berita UtamaUtama

RON97 naik 2 sen

Harga runcit RON95, diesel tidak berubah

BANGI, 22 Zulhijjah 1440H, Jumaat – Harga runcit bagi petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM2.49 kepada RM2.51 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal tidak berubah, berkuatkuasa 12.01 tengah malam ini hingga 30 Ogos depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga runcit petrol RON 95 kekal pada paras RM2.08 seliter, sementara diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya adalah sebanyak RM2.21 seliter dan RM2.25 seliter.

“Ini menunjukkan kenaikan daripada minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.19 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.21 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya.

Kementerian Kewangan berkata, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 24 sehingga 30 Ogos berjumlah RM55.48 juta.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close