Berita UtamaUncategorizedUtama

Ringgit ditutup rendah

Kelemahan mata wang negara berpunca dari penyusutan yuan

KUALA LUMPUR, 22 Zulhijjah 1440H, Jumaat – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini berikutan penggiat pasaran menunggu lebih banyak isyarat daripada hala tuju dasar monetari global daripada simposium Jackson Hole yang amat dinantikan.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.1900/1930 berbanding dolar US daripada 4.1880/191 pada Selasa.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, yuan China terus merosot kepada 7.08 berbanding dolar US, yang menyaksikan pelbagai ketidaktentuan di masa hadapan.

Rakan Pengurusan VM Markets Pte Ltd, Stephen Innes berkata, kelemahan ringgit berpunca daripada penyusutan yuan.

“Nampaknya Asia FX mula mengambil maklum mengenai kemerosotan yuan yang menyusut hampir 0.7 peratus sejak lima sesi dagangan lepas, manakala ringgit hanya 0.3 peratus.

“Kami mengganggap korelasi itu adalah pada tahap minimum antara 0.5-0.6 peratus, namun ini tidak bermakna ringgit akan merosot secara mendadak,” kata Innes kepada Bernama.

Beliau berkata, secara positif, yuan lebih kukuh berbanding penutupan semalam, yang menunjukkan Bank Rakyat China pada tahap tertentu mahu campur tangan untuk menghalang kedudukan yuan ke paras lebih rendah.

Selain itu, beliau berkata, prestasi ringgit juga amat bergantung kepada ucapan dasar Pengerusi Rizab Persekutuan AS (fed), Jerome Powell di simposium Jackson Hole malam ini.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia diniagakan lebih kukuh berbanding yen kepada 3.9284/9327 daripada 3.9365/9404 dan berbanding euro kepada 4.6333/6383 daripada 4.6407/6449 sebelum ini.

Unit tempatan bagaimanapun merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0213/0237 daripada 3.0197/0221 dan berbanding pound Britain kepada 5.1147/1201 daripada 5.0813/0854.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close