Berita UtamaPendapatUtama

Rasisme tak dipelopori Islam

Prinsip keadilan perakui hak tuan tanah, hormati bahasa dan identiti

PRINSIP keadilan yang tertanam sejak awal-awal perutusan Nabi ﷺ itu sudah menjadi perkara maklum dalam agama secara darurat, yakni tanpa perlu kajian dan penelitian.

Jadi buat apa sibuk-sibuk mempertahankan slogan asing itu ? Hakikatnya slogan itu di Malaysia hanyalah ‘camouflage’ atau ‘flagship’ atau pengalih pandangan, agar kita terpengaruh dengan isu-isu selektif yang dipilih oleh pertubuhan rasis yang semua orang tahu itu.

Di antara prinsip keadilan juga adalah memperakui hak tuan tanah, menghormati bahasa dan identitinya, serta mengakui budaya tempatannya. Ia adalah fitrah yang diperakui oleh Islam, bahkan dikuatkan lagi dengan syariat yang menentukan hak-hak sesama manusia secara  lengkap.

Sebagaimana Islam itu adalah tanah air dan negara, ia juga adalah kaum dan bangsa. Yakni, ia memberikan nafas yang tulen dalam memahami erti perkauman, dalam erti bersatupadu membawa kemajuan, bekerjasama membina peradaban dan bersama-sama mempertahankan hak dan identitinya, yang jauh dari kefahaman nafsu yang dipenuhi kezaliman, kepentingan diri sendiri dan penindasan terhadap kaum dan bangsa lain.

Jadi, seruan dalam menghapus semangat perkauman yang sahih, hakikatnya adalah seruan kepada kezaliman, kerana ia menidakkan intimak dan identiti seseorang kepada keluarga besarnya, dan menghilangkan hak-hak yang sepatutnya diutamakan, serta mengeluarkan seseorang daripada sistem kekeluargaan yang utuh, kepada sistem yang terikat dengan norma-norma kebebasan mutlak, walau ia dihiasi dengan istilah ‘universal values’ iaitu nilai sejagat, kebebasan mutlak, persaudaraan insani dan seumpamanya.

Hakikatnya, seruan itu sedang menghancurkan jati diri keislaman masyarakat, dengan cara menghancurkan ikatan dan identiti mereka, daripada ikatan akidah yang telah lama sejak zaman berzaman, berasimilasi dalam sebuah kaum, yang dinamakan Melayu.

‘Dan janganlah engkau bertentangan dengan sunnah kejadian, kerana sesungguhnya ia akan pasti menang. Tetapi alihkanlah haluannya, dan gunakanlah sebahagiannya bagi mengatasi sebahagian yang lain, lalu nantikanlah detik-detik kemenangan, sesungguhnya ia tidaklah jauh daripadamu” – Majmuat Rasail Imam Hasan Al-Banna.

Ustaz Ahmad Syamil Esa
Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS)

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close