Berita UtamaDuniaUtama

Lebih 3,000 pelarian Rohingya enggan pulang ke Myanmar

'Tiada jaminan, rejim terlalu kejam bunuh dan rogol saudara kami'

TEKNAF, 22 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Lebih 3,000 pelarian Rohingya merayu tidak dihantar pulang ke Myanmar kerana yakin tiada jaminan keselamatan, malah nasib mereka lebih teruk sekiranya kembali ke negara asal.

Dilaporkan, semalam sepatutnya pelarian Rohingya dihantar pulang, namun tiada seorang yang muncul ketika lima buah bas dan 10 trak menunggu mereka di kem Teknaf, Bangladesh.

Pemimpin Rohingya, Nosima memberitahu pemberita, pelarian bersungguh-sungguh tidak mahu pulang, mereka lebih sanggup hidup di kem yang daif daripada pulang ke Myanmar.

“Rejim Myanmar merogol dan membunuh saudara kami. Jadi, kami memerlukan jaminan keselamatan. Tanpa sebarang jaminan kami tidak akan pulang,” katanya.

Ketika ini, lebih 730,000 Rohingya ditempatkan di kem-kem yang penuh sesak di sempadan Bangladesh selepas melarikan diri daripada tindakan kejam rejim Myanmar pada akhir tahun 2017.

Berikutan lambakan pelarian di negara itu, Bangladesh sebelum ini pernah merancang untuk memindahkan sebahagian besarnya ke sebuah pulau kecil berlumpur, yang dikatakan muncul dari laut dua dekad lalu.

Difahamkan rancangan itu dibantah, namun kerajaan Bangladesh tetap mahu memindahkan 100,000 pelarian ke pulau itu, dengan alasan untuk mengurangkan kesesakan di kem.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close