Berita UtamaIstimewaUtama

Aziz Bari patut henti jadi Adun, masuk kelas Perlembagaan

Orang ada masalah otak saja kata pasang bendera terbalik tak salah

BANGI, 22 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari diingatkan supaya berhenti menjadi wakil rakyat dan mendaftar ke kelas Perlembagaan untuk belajar semula mengenai jati diri bangsa dan negara.

Naib Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, Aziz Bari perlu segera berbuat demikian supaya masalah pemikiran yang dihadapinya tidak menjadi semakin kronik.

“Masalah pemikiran Aziz Bari ini dipercayai kemungkinan akibat terlampau taksub dengan parti DAP.

“Tidak ada sesiapa yang akan berkata kepada orang yang memakai baju terbalik di khalayak awam ‘tak mengapa, tak salah dari segi undang-undang’ kecuali orang yang memakai baju dan yang menuturkan ungkapan itu dilihat sebagai ada masalah di otak mereka,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi semalam, bahawa tiada undang-undang yang menyatakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik adalah satu kesalahan.

Semalam, Exco kerajaan negeri Perak itu menganggap isu memasang bendera secara terbalik sebagai kecil dan terpencil, tetapi menjadi panas apabila disebarkan menerusi media sosial.

Bagaimanapun, setelah menerima kecaman daripada pelbagai pihak, Aziz Bari mendakwa kenyataan beliau telah disalah tafsir dan sengaja dijadikan isu oleh golongan ekstremis kanan bertujuan memburukkan dirinya dan juga DAP.

Sebelum ini tular dalam media sosial mengenai pemasangan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik di sebuah sekolah di Pahang.

Selain itu, sebuah pusat pameran, jualan dan servis kenderaan di Sungai Isap juga dikatakan memasang Jalur Gemilang terbalik, dan difahamkan permohonan maaf sudah dibuat.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close