Berita UtamaGambar PilihanIstimewaUtama

‘Kalau berani, tutup mulut saya kalau tak mahu kena tampar’

Ridhuan Tee cabar anggota Patriot berdebat kalau masih tak puas hati

BANGI, 21 Zulhijjah 1440H, Khamis – “Kamu bukan sesiapa untuk menyuruh saya menutup mulut, jadi tidak perlulah nak tonjolkan diri dengan agenda sendiri.”

Demikian respon ‘pedas’ pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang membidas kembali kenyataan Pengarah Komunikasi Awam Patriot, Wong Ang Peng dalam laporan sebuah portal berita, semalam.

Ang Peng dilaporkan menuduh Ridhuan Tee memutarbelitkan sejarah menerusi ruang kolumnis Ismaweb.net yang bertajuk ‘Sudahlah presiden Patriot!’ pada Isnin lalu.

Ang Peng mendakwa, Ridhuan Tee sepatutnya mendapatkan fakta yang tepat mengenai Patriot sebelum membuat dakwaan serta pembohongan yang tidak berasas untuk menyampaikan agendanya sendiri.

Menempelak kenyataan Ang Peng itu, Ridhuan Tee berkata, fakta mengenai Kanang Anak Langkau yang dinyatakan dalam artikel berkenaan diambil daripada sumber yang sah iaitu Arkib Negara.

Katanya, dalam artikel itu juga, beliau hanya membandingkan pengorbanan dan kehebatan Kanang berdepan pengganas komunis berbanding Presiden Patriot, Brigedier Jeneral (B) Datuk Mohamed Arshad Raji.

“Saya tidak pernah dengar berita Ang Peng ketika berada dalam tentera berhadapan komunis, berbanding Kanang. Tak usah nak jadi hero. Ada tak kesan parut kena tembak di badan kamu ketika melawan komunis?

“Atau mungkin kamu masih berperangai macam komunis? Dalam artikel saya hanya membandingkan pengorbanan Kanang dengan Patriots, bukan soal tarikh,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Bidasnya lagi, sekurang-kurangnya jasa Kanang didokumentasi di televisyen, bahkan difilemkan jika mahu dibandingkan dengan ‘cerita’ Ang Peng serta Arshad, kata Ridhuan Tee.

“Disebabkan kehebatan Kanang, beliau telah dianugerahkan Sarjana Kehormat ketika konvokesyen Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Begitu juga pingar kebesaran lain yang diberikan Sultan. Kamu dapat anugerah apa Wong?

“Jangan cakap banyaklah ultra kiasu. Dalam Patriot kamu tidak ada ‘followers’ kecuali Persatuan Veteran Angkatan Tentera. Itu pun hanya beberapa kerat sahaja,” katanya.

Ridhuan Tee berkata, presiden Patriot jauh tersasar apabila mengeluarkan kenyataan UMNO atau rakyat tidak memberi sebarang sumbangan dalam menentang pengganas komunis.

“Itulah fokus artikel saya dalam Ismaweb.net, untuk memberi respon kepada keceluparan presiden kamu. Kamu lupa gerakan ketika menentang komunis? Baca sejarah dan tulisan saya. Jika tidak faham mari belajar bahasa Melayu dengan saya.

“Jawab pertanyaan saya mengenai kebangkitan rakyat menentang komunis ketika era BN. Semangat rakyat ketika itu melebihi kamu, walaupun rakyat tidak memegang senjata,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan Ang Peng supaya tidak sesekali menyuruhnya menutup mulut, bahkan mencabar anggota Patriot itu berdebat dengannya jika tidak berpuas hati.

“Saya bebas nak berkata apa yang saya suka dalam ruang lingkup Perlembagaan. Kalau berani mari kita berdebat,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close