Berita UtamaDunia

AS henti 5 program didakwa alat propaganda China

Universiti jadi sasaran pengintipan: Pegawai perisik AS

WASHINGTON, 19 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menghentikan lima program pertukaran dengan China yang disifatkan sebagai ‘alat propaganda’ yang disalah erti sebagai ‘program pertukaran budaya.’

Universiti di AS telah menjadi sasaran pengintipan yang dilakukan oleh China sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kata pegawai perisik.

“Lima program yang dihentikan sepenuhnya dibiayai dan dikendalikan oleh pemerintah China sebagai ‘alat propaganda kuasa secara halus.

“Mereka memberikan akses yang cermat kepada para pegawai Parti Komunis China, bukan kepada orang-orang Cina, yang tidak menikmati kebebasan bersuara dan berhimpun.

“Amerika Syarikat mengalu-alukan pertukaran program budaya secara timbal balik dan adil dengan pegawai Republik China dan rakyat China, tetapi program sehala seperti ini tidak saling menguntungkan,” kata kenyataan itu.

Pada bulan September, Presiden AS, Donald Trump menarik balik visa lebih daripada 1,000 pelajar dan penyelidik China, dengan mengatakan bahawa mereka telah mencuri harta intelek serta membantu memodenkan tentera China.

China membalas, dengan mengatakan AS bersalah kerana ‘memantau, mengganggu dan menahan dengan sengaja’ pelajar dan penyelidik China di AS.

Penamatan program itu antara tindak balas terbaharu hubungan dingin Trump dengan China.

Trump sebelum ini melancarkan perang dagangan dengan Beijing, mengkritik tindakan kerasnya terhadap kebebasan di Hong Kong dan menyalahkan China sebagai punca penularan awal wabak COVID-19 yang melanda dunia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button