Berita UtamaDuniaUtama

Korban pertama selepas India batalkan hak autonomi Kashmir

Tiga orang awam maut ditembak pasukan India di Jalur Kawalan

KASHMIR, 21 Zulhijjah 1440H, Khamis – Dua orang – membabitkan pegawai polis dan pejuang Kashmir – terbunuh dalam pertempuran bersenjata di wilayah yang dikawal India, kata polis.

Pertembungan di kawasan Ganie-Hamam, Baramulla itu adalah yang pertama dilaporkan oleh pihak berkuasa sejak India membatalkan autonomi wilayah Kashmir dan mengenakan perintah berkurung serta sekatan komunikasi pada awal bulan ini.

Satu kenyataan yang dihantar kepada Al Jazeera oleh polis mendakwa pejuang Kashmir melepaskan bom tangan yang mencederakan dua anggota polis, salah seorang daripada mereka meninggal dunia di hospital.

“SPO Pegawai Polis Khas, Bilal Ahmad tewas kerana cedera parah dan mati syahid manakala Sub-Inspektor, SI Amardeep Parihar terus menerima rawatan di hospital Tentera Darat,” kata kenyataan itu.

Penunjuk perasaan Kashmir yang terbunuh dalam pertempuran senjata telah dikenal pasti sebagai Momin Gujri, penduduk Baramulla dan anggota kumpulan Lashkar-e-Taiba (LeT), kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pakistan berkata, tiga orang awam meninggal dunia kerana ditembak pasukan India di Jalur Kawalan (LoC), sempadan de facto yang membahagikan wilayah yang dipertikaikan itu.

Protes telah meletus di bandar utama Srinagar di Kashmir sebagai tindak balas kepada langkah kontroversi kerajaan India untuk membatalkan Perkara 370 dari perlembagaan India – yang memberikan Jammu dan Kashmir hak autonomi.

Ekoran itu, India menghantar beribu-ribu tentera tambahan ke wilayah yang dipertikaikan itu, mengenakan perintah berkurung, menutup telekomunikasi dan internet, dan menahan pemimpin politik.

Sekurang-kurangnya 4,000 orang ditahan di Kashmir yang ditadbir India sejak 5 Ogos lalu, kata agensi berita AFP.

Pakistan, yang juga menuntut wilayah Kashmir pada hari Selasa berkata, ia akan mencabar langkah India di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close