Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Israel serang Gaza

Pesawat Zionis sasar kawasan Briged Ezzedine al-Qassam

GAZA CITY, 21 Zulhijjah 1440H, Khamis – Pesawat tempur Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza pada Khamis pagi, sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan wilayah Palestin, lapor agensi berita Anadolu memetik sumber tentera.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF) Avichay Adraee berkata, serangan itu menyasarkan kedudukan Hamas di seluruh kawasan yang dikepung.

“Serangan itu sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan dari Gaza pada Rabu malam,” kata Adraee.

Seorang saksi berkata, pesawat perang Israel menyasarkan sebuah kawasan Briged Ezzedine al-Qassam, sayap tentera Hamas di barat Semenanjung Gaza .

Tiada laporan sebarang kecederaan atau kematian setakat ini. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close