Berita UtamaUtama

10 karya penting Sasterawan Negara dipasar ke China

KPM harap DBP dapat teroka peluang martabat karya penting negara

BANGI, 21 Zulhijjah 1440H, Khamis – Malaysia melakar satu lagi sejarah baharu, khususnya dalam lapangan sastera negara apabila 10 karya penting Sasterawan Negara bakal dipasarkan di seluruh China.

10 karya berkenaan adalah Srengenge (Shahnon Ahmad); Warkah Eropah (A Samad Said); Saudagar Besar di KL (Keris Mas); Tivi (Shahnon Ahmad); Naratif Ogonshoto (Anwar Ridhwan); Salasilah (Zurinah Hassan); Postponing Truth and Other Poems (Baha Zain); Rimba Harapan (Keris Mas); Juara (S Othman Kelantan) dan Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (Anwar Ridhwan).

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan berkata, 10 karya yang telah diterjemahkan dalam bahasa Mandarin berkenaan telah dilancarkan pada Beijing International Book Fair 2019.

Beliau berkata, usaha penting itu telah dijayakan melalui kerjasama erat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Guangxi Normal University Press.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menaruh kepercayaan penuh terhadap DBP untuk terus meneroka peluang kerjasama seperti ini bagi memastikan karya-karya penting Sasterawan Negara dapat terus dimartabatkan,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close