Berita UtamaUtama

Petisyen haramkan Dong Zong cecah 200,000 tandatangan

Tindakan ekstrem persatuan rasis Cina timbul fitnah pada negara

BANGI, 14 Zulhijjah 1440H, Khamis – Hampir 200,000 rakyat menurunkan tandatangan menyokong petisyen dalam talian mendesak kerajaan mengharamkan Persekutuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong).

Sehingga jam 3 petang tadi, sebanyak 175,386 tandatangan berjaya dikumpul selepas Gerakan Pengundi Sedar (GPS) melancarkan petisyen menerusi laman web change.org, yang dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia. 

GPS dalam petisyen itu berkata, persatuan Cina Dong Zong antara paling awal menentang seni khat dan tulisan jawi di sekolah kerajaan membabitkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT) untuk pelajar tahun empat.

Malah, mereka turut mahu menggerakkan kempen mengumpul tandatangan bagi membantah pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.

Kerajaan kemudiannya dilaporkan bertolak ansur dengan melonggarkan syarat-syarat implementasinya sehingga pembelajaran ini menjadi pilihan dan dimuatkan sekadar tiga muka surat dalam buku teks.

“Tidak berpuas hati dengan tolak ansur kerajaan, mereka bermain pula dengan sentimen agama iaitu memfitnah tulisan jawi dan khat sebagai satu usaha Islamisasi masyarakat bukan Islam. Ini menimbulkan fitnah yang besar kepada negara terutamanya umat Islam di Malaysia,” katanya.

GPS berkata, banyak lagi tindakan ekstrem persatuan Cina itu dalam memaksa kehendak mereka kepada rakyat Malaysia.

“Maka, kita tuntut agar Dong Zong ini diharamkan oleh kerajaan dan kami yakin ada banyak lagi pertubuhan Cina yang jauh lebih sederhana, patriotik dan moderat,” kata GPS.

Orang ramai yang mahu memberikan sokongan terhadap petisyen tersebut boleh menandatanganinya di pautan www.change.org.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close