Berita UtamaUtama

Ketua wanita PAN lemah, mudah tunduk desakan kafir

Tiada rahmah sesama saudara seislam, kata Ketua Wanita Isma

BANGI, 19 Zulhijjah 1440H, Rabu – Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustazah Suriani Sudi menyelar kenyataan Dr Siti Mariah Mahmud, yang seolah-olah menyokong tindakan segelintir pihak mahu mengusir pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik keluar dari negara ini.

Terdahulu, Ketua Wanita Parti Amanah Negara (PAN) itu mendakwa, negara kita mempunyai ramai pendakwah yang uruf dan waqi.

“Apakah lumpuh dakwah di negara kita tanpa seorang pendawkah yang kontroversi ini. Pergilah bersuaka di negara Islam lain. Kita masih boleh mengikuti dakwahnya di YouTube,” katanya.

Menyifatkan kenyataan Dr Mariah sebagai kurang bijak, Ustazah Suriani berkata, sebagai umat Islam, kita seharusnya mempertahankan saudara seagama serta melindunginya dari sebarang ancaman musuh.

Beranggapan ahli politik berkenaan sebagai lemah dan mudah tunduk kepada desakan dan fitnah yang dibuat oleh parti rasis dan cauvinis DAP terhadap Dr Zakir, beliau mempersoal siapa lagi yang boleh mempertahankan pendakwah berkenaan jika bukan umat Islam.

“Mengapa begitu mengikut telunjuk mereka? Pernahkan di dalam sejarah Malaysia, umat Islam merusuh dan menyerang orang bukan Islam di Malaysia disebabkan ceramah Zakir Naik?,” soal Ustazah Suriani.

Turut kesal dengan kenyataan itu, Dr Mariah yang juga ADUN Sri Serdang itu disifatkan tidak mempunyai sekelumit rasa belas kasihan dan rahmah terhadap saudara seakidah.

“Di manakah ‘rahmah’ yang dicanang-canangkan. Hanya untuk orang kafirkah ‘rahmah’ itu?” soalnya.

Ustazah Suriani berkata, Nabi Muhammad ﷺ pernah mengingatkan bahawa umat Islam yang bersaudara tidak harus menzalimi atau menyerahkan mereka kepada kezaliman.

Malah katanya, Allah SWT juga pernah menjelaskan di dalam surah surah al Fath bahawa baginda ﷺ itu bersifat kasih sayang dan belas kasihan (ruhama’) terhadap orang mukmin serta bersikap tegas (asyidda’) ke atas orang kafir.

“Jadi, di mana Dr Siti Mariah meletakkan panduan al-Quran dan hadis ini dalam kamus hidup beliau? Apa lagi yang kita harapkan dengan kerajaan begini.

“Yang tidak mahu mempertahankan saudara sendiri. Tidak ada rasa izzah langsung pada agama dan saudara seagama,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close