Berita UtamaUtama

Bantulah Utusan Melayu

Isma syor tubuh jawatankuasa khas selesai krisis akhbar usia 80 tahun

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 20 Zulhijjah 1440H, Rabu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, mengesyor satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengatasi kemelut yang melanda Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ketika ini.

Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya berkata, pandangan itu diluahkan atas rasa simpati dan prihatin kepada nasib pekerja-pekerja Melayu di dalam syarikat akhbar yang sudah bertapak di tanah air sejak 1939 itu.

“Saya sangat bersimpati dengan kakitangan Utusan yang tidak mendapat gaji selama beberapa bulan. Sudah pasti kakitangan Utusan sedang berdepan dengan gambaran masa depan yang kelam. 

“Bagi yang ada anak-anak yang masih bersekolah, ini sudah pasti akan lebih menyukarkan hidup mereka.

“Semua orang tahu bahawa Utusan di bawah UMNO, walaupun UMNO sudah menjualnya tetapi masih dikuasai oleh orang perseorangan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau mencadangkan sekiranya UMNO merasakan akhbar berusia 80 tahun itu penting dan telah menyumbang begitu banyak jasa kepada parti berkenaan, maka tidak susah untuk difikirkan siapa yang sepatutnya menyelamatkan Utusan.

“Secara sifirnya, UMNO mempunyai 3 juta keahlian dan jika mereka menyumbang secara purata RM100 seorang, maknanya UMNO boleh mengumpul sekurang-kurangnya RM300 juta. 

“Kalau dicampur lagi dengan jutawan-jutawan dalam UMNO, saya rasa untuk dapat RM500 juta itu mudah sahaja. Jadi Utusan dapat dipulihkan semula. Saya cadang tubuh satu jawatankuasa khas untuk melihat perkara ini dan membuat kutipan dari pimpinan dan ahli-ahli UMNO. 

“Kalau tidak semua yang menyumbang pun, tetapi saya yakin dan percaya UMNO masih boleh mengumpulkan ratusan juta ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, situasi ini adalah satu cabaran untuk UMNO sebagai satu parti utama orang Melayu. 

“Sekiranya ujian ini UMNO tidak mampu selesaikan, mungkin ini satu signal bahawa mereka akan menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah-masalah besar yang lain,” katanya. 

Terdahulu, Utusan dilaporkan tidak mampu lagi membayar gaji pekerja mereka kerana masalah kewangan yang berlaku.

Bahkan, 769 pekerja Utusan dilaporkan hidup dalam kesukaran sehingga ada yang terpaksa meminjam wang daripada ah long dan menggadaikan harta.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak yang mewakili para pekerja syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dalam pada itu turut merayu kepada UMNO supaya dapat menhulurkan bantuan kepada krisis yang melanda.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close