Berita UtamaGambar PilihanIstimewaUtama

Ayuh kita pertahan Zakir Naik

Ketua menteri tak sensitif dahului keputusan perdana menteri

BANGI, 20 Zulhijjah 1440H, Rabu – Seluruh rakyat Melaka perlu berganding bahu mempertahankan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik agar terus diberi peluang menyampaikan ceramah di negeri berkenaan.

Yang dipertua Isma Melaka, Ustaz Ir Hj Mohd Khoushaini Hj Mohd Naim mengakui kesal dengan tindakan Ketua Menterinya, Adly Zahari yang mendahului kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta siasatan pihak polis yang masih berjalan.

“Apakah Ketua Menteri tidak sensitif dengan perasaan majoriti 64 peratus umat Islam di negeri ini dan mengapa baru sekarang larangan itu dikenakan?

“Pada tahun 2016, Dr Zakir pernah berceramah di hadapan 20,000 pengunjung di Universiti Teknologi Melaka (UTEM), malah ketika itu tidak timbul sebarang isu perkauman, bahkan seorang pelajar telah melafaz syahadah setelah tiga tahun mencari kebenaran,” katanya.

Semalam, kerajaan Melaka mengulangi pendirian untuk tidak membenarkan Dr Zakir menyampaikan ceramah di negeri itu.

Adly berkata, larangan itu kekal walaupun Dr Zakir telah membuat permohonan maaf susulan ucapannya yang mengguris hati masyarakat bukan Islam.

Katanya, apa yang lebih penting dan menjadi keutamaan kerajaan negeri adalah menjaga keharmonian rakyat Melaka.

Mengulas lanjut, Khoushaini berkata, terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab berjaya mengambil kesempatan dengan memetik kenyataan Dr Zakir di luar konteks, lantas melakukan provokasi agar beliau keluar dari negara ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi UMMAH Melaka yakin jika rancangan mengusir Zakir Naik berjaya, maka mereka akan bertepuk tangan.

“Kerajaan Melaka seharusnya mempromosikan keterbukaan, budaya dialog dan percambahan minda secara sihat selain memberikan kebebasan kepada rakyat, untuk melakukan perbincangan dalam budaya keilmuan yang tinggi.

“Membela saudara seakidah kita adalah wajib. Seorang muslim seharusnya mempertahankan saudara muslimnya yang lain, apatah lagi sekiranya muslim tersebut dibimbangi akan dizalimi,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close