Berita UtamaPendapat

Wajib pertahan Zakir Naik

Elakkan terma halau menghalau dan sentimen perkauman

1) SEBAGAI saudara seaqidah, kita wajib sokong dan mempertahankan beliau di Malaysia kerana nyawanya tidak selamat di banyak negara lain terutama India. Ini prinsip asas yang terpakai terhadap semua individu Muslim apatah lagi beliau yang merupakan ikon dakwah yang amat berpengaruh di dunia

2) Jelas pihak yang inginkan beliau diusir keluar amat berniat jahat dan bencikan dakwah Islam yang dilakukan beliau. Sebahagian pihak ini kini berada di tampuk kuasa, jadi mereka sebenarnya mampu melakukan pelbagai tindakan untuk mematikan dakwah beliau

3) Sudah tentu status beliau sebagai rakyat India yang diberikan perlindungan sementara oleh kerajaan Malaysia tidak sama dengan status rakyat Malaysia berbangsa Cina yang merupakan warganegara. Banyak kenyataan seputar isu ini yang membuat perbandingan yang silap dan tidak tepat tentang perkara ini

4) Elakkan terma halau menghalau dan sentimen perkauman serta semangat kepartian dalam mendepani isu ini. Umat Islam harus memberikan fokus terhadap perpaduan dan persepakatan dalam mempertahankan Dr Zakir Naik dalam isu ini

5) Method perbandingan agama secara diskusi ilmiah aman yang dilakukan beliau amat bertepatan dengan perlembagaan dan identiti negara, malah jika dilihat dari kacamata kebebasan bersuara yang diperjuangankan oleh golongan liberal (yang ramai memusuhi beliau) Dr Zakir Naik masih berada di landasan yang benar

6) Ironiknya musuh-musuh beliau yang memperjuangkan kebebasan dan keterbukaan pula jadi amat tertutup dan jumud dalam isu ini

7) Moga Allah s.w.t mempermudahkan urusan beliau dan menunjukkan yang benar itu benar serta mengalah tentera Ahzab yang amat membenci tersebarnya agama Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Ameen

Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Kluster Tarbiah ISMA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close