Berita UtamaUncategorized

Ringgit dibuka 4.17

Ekonomi Malaysia berkembang 4.9 peratus pada suku kedua 2019

KUALA LUMPUR, 18 Zulhijjah 1440H, Isnin – Ringgit dibuka sedikit lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini didorong sokongan belian sederhana bagi unit domestik susulan pertumbuhan ekonomi Malaysia suku kedua yang lebih kukuh seperti diumumkan pada Jumaat lepas.

Pada 9.06 pagi, ringgit berada pada 4.1750/1780 berbanding dolar AS daripada 4.1760/1810 yang dicatatkan ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Ekonomi Malaysia berkembang 4.9 peratus pada suku kedua 2019 daripada 4.5 peratus pada suku pertama dipacu oleh pelaburan swasta dan perbelanjaan isi rumah yang lebih tinggi.

AllianceDBS Research berkat, ia yakin terhadap cadangan pembaharuan fiskal baharu dalam Belanjawan 2020 yang akan datang oleh kerajaan, subsidi minyak bersasar terancang serta lonjakan jangka pendek susulan projek mega yang diluluskan berkemungkinan menggalakkan permintaan domestik.

“Ini akan menyokong pertumbuhan pelaburan dan perbelanjaan swasta di Malaysia dalam jangka terdekat,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Firma itu juga berkata, ia menjangkakan pengurangan kadar faedah berpotensi hanya sekali iaitu sebelum akhir tahun ini sekiranya keadaan ekonomi tidak lembap dengan ketara pada suku akan datang.

Unit tempatan susut berbanding yen kepada 3.9242/9278 daripada 3.9230/9288 pada Jumaat lepas sementara berbanding dolar Singapura ringgit turun kepada 3.0116/0149 daripada 3.0097/0140.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.0689/0729 daripada 5.0763/0828 namun rendah berbanding euro kepada 4.6297/6347 daripada 4.6283/6346. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close