Berita UtamaUtama

Melaka pula larang Zakir Naik beri ceramah

MB mahu pendakwah antarabangsa tak sentuh politik perkauman

MELAKA, 18 Zulhijjah 1440H, Isnin – Melaka memutuskan untuk tidak membenarkan penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah dalam apa-apa program, sebaliknya hanya mengalu-alukan kedatangannya untuk melancong ke negeri itu.

Ketua Menterinya, Adly Zahari berkata, ini adalah bagi memastikan perpaduan dan keharmonian kaum di negeri ini terus dipelihara.

Beliau berkata, Dr Zakir perlu lebih memberi fokus kepada aktiviti berdakwah dan tidak menyentuh politik perkauman.

“Tidak dibenarkan sebarang program untuk Zakir diadakan di Melaka, namun beliau dialu-alukan untuk melancong ke Melaka bagi mengenali keharmonian hidup bermasyarakat.

“Datanglah ke Melaka untuk melihat sendiri bagaimana keharmonian masyarakat di negeri ini yang dapat hidup dalam keadaan aman damai dan harmoni dengan kepelbagaian kaum dan jadikanlah Melaka sebagai model perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada April 2016, pendakwah dari India itu pernah membuat ceramah di Melaka dengan dihadiri lebih 20,000 pengunjung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Sebelum ini, Perlis dan Kedah membuat keputusan sama melarang pendakwah antarabangsa berkenaan mengadakan ceramah di negeri itu.

Difahamkan, Dr Zakir masih dibenarkan mengunjungi kedua-dua negeri, bagaimanapun tidak dibenarkan terbabit dalam mana-mana program.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close