Berita UtamaIstimewaUtama

Lynas: Fuziah masih lagi menipu

MP Kuantan rujuk fakta palsu, kelirukan penduduk dakwaan tak berasas

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 18 Zulhijjah 1440H, Isnin – Penduduk Kuantan diingatkan supaya tidak mempercayai dakwaan Fuziah Salleh bahawa sisa radioaktif dari kilang nadir bumi seperti Lynas, mendatangkan risiko keselamatan dan kesihatan penduduk di daerah itu.

Presiden Berjasa, Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, amat malang wakil rakyat seperti Fuziah yang menang PRU lepas dengan kempen-kempen anti-Lynas yang menidakkan fakta saintifik, sekali lagi meneruskan penipuannya.

Beliau berkata, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan masih lagi berpegang dengan fakta palsu mengenai Lynas menerusi warkah yang diutusnya dari Makkah baru-baru ini, walaupun kerajaan telah mengeluarkan kenyataan lesen Lynas akan diberi dan dibenarkan beroperasi.

“Setelah beberapa tahun penduduk Kuantan dikelirukan dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas, YB Fuziah sekali lagi cuba menipu dengan mengatakan sisa Lynas yang terlonggok di Lynas adalah toksik disebabkan radioaktif.

“Sudah banyak laporan, kajian dan pandangan pakar-pakar dalam bidang radioaktif dan nuklear menegaskan ianya tidak merbahaya disebabkan tahap keradioaktifannya yang terlalu rendah.

“Malahan pemantauan berterusan yang dibuat oleh Universiti Malaysia Pahang setelah Lynas beroperasi, menunjukkan kadar radioaktif adalah rendah di bawah paras yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Dr Badhrulhisham menggesa pengundi Parlimen Kuantan menolak Fuziah pada pilihan raya akan datang atas kegagalan beliau untuk berkata benar berhubung isu itu.

“Semoga semua pengundi Parlimen Kuantan menolak beliau pada PRU akan datang kerana kita tidak mahu lagi berwakil rakyatkan seorang yang tidak berkata benar demi mengekalkan sebuah kerusi Parlimen,” katanya.

Terdahulu, Fuziah yang lantang mengkritik Lynas kesal dengan keputusan kerajaan melanjutkan lesen operasi syarikat nadir bumi itu selama enam bulan dengan beberapa syarat baharu.

Beliau dilaporkan berkata, walaupun beberapa syarat baharu ditetapkan, Malaysia tetap terpaksa menerima ‘najis’ toksik daripada Lynas.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close