Berita UtamaDuniaUtama

Jordan gesa hentikan cubaan ubah status quo masjid al-Aqsa

Polis Israel benarkan ekstremis Yahudi sambut Tisha B'Av di al-Aqsa

AMMAN, 18 Zulhijjah 1440H, Isnin – Kementerian Luar Negeri Jordan memanggil duta Israel bagi memberi teguran serta mengutuk pertempuran di kompleks al-Aqsa di Baitulmaqdis minggu lalu.

Kritikan Jordan juga apabila Israel membenarkan ekstremis Yahudi menyambut Tisha B’Av di al-Aqsa ketika umat Islam sedang menyambut Aidiladha, lapor Haaretz.

Setiausaha Agung kementerian itu, Zaid Lozi meminta duta Israel, Amir Weissbrod menyampaikan surat kepada pemerintah Israel, di mana Amman menuntut menghentikan segera sebarang percubaan untuk mengubah status quo kawasan suci berkenaan.

Kementerian Luar Israel telah mengesahkan bahawa Duta Besar Weissbrod telah dipanggil untuk diberi teguran.

Ketika pertemuan, Jordan mengkritik keras gesaan Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan untuk mengubah status quo dan membenarkan orang Yahudi berdoa di kawasan itu.

Selasa lalu, Gilad memberitahu radio 90FM Israel bahawa ‘terdapat ketidakadilan dalam status quo yang telah wujud sejak tahun 1967.’

“Kita perlu bertindak untuk mengubahnya supaya orang Yahudi dapat berdoa di Kuil Sulaiman… Kita mesti lakukan sesuatu agar Yahudi juga boleh berdoa di sana. Tetapi ianya perlu dilakukan melalui perjanjian politik, dan bukan dengan kekerasan,” kata Gilad.

Susulan itu, Jordan segera memberi respons dan mengeluarkan kenyataan balas mengutuk kenytaan Gilad. 

“Kerajaan Jordan menolak perisytiharan ini dan memberi amaran terhadap sebarang langkah yang boleh mengubah sejarah, undang-undang status quo.”

Ahad lalu, penduduk Palestin cedera selepas bertempur dengan polis Israel di perkarangan kawasan suci, ketika kedua-dua penganut Islam dan Yahudi menyambut hari kebesaran masing-masing serentak.

Polis Israel menggunakan bom tangan bagi menyuraikan penunjuk perasaan Palestin di perkarangan masjid Al-Aqsa yang turut dikenali sebagai Al Haram Al Sharif.

Persatuan Palang Merah mengesahkan dan melaporkan penduduk Palestin tercedera tanpa memberikan jumlah sebenar mangsa terbabit. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close