Berita UtamaUtama

Gesa siasat ‘makhluk perosak’

Status penduduk tetap Dr Zakir Naik diiktiraf dunia, kata Hadi Awang

BANGI, 18 Zulhijjah 1440H, Isnin – PAS mengikuti dengan cermat perkembangan isu pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik yang dibangkitkan pihak tertentu atas tujuan bagi mengeruhkan keadaan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, terdapat tiga asas penting yang perlu dihormati dan diberi perhatian segera oleh semua pihak termasuk pihak berkuasa, parti politik, NGO dan pengamal media, serta Zakir Naik sendiri bagi menjernihkan keadaan.

“Pertama, budaya debat dan dialog adalah ruang demokrasi yang perlu dihormati. Semua pihak perlu bersedia untuk bersemuka dan berdialog secara ilmiah dan berhikmah, demi mencari ‘kebenaran dan kebersamaan’.

“Pihak RTM (Rangkaian Televisyen Malaysia) dan kerajaan negeri wajar memberikan ruang supaya budaya dialog ini dapat disuburkan, sebagaimana yang telah dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan tempoh hari.

“Kedua, perpaduan masyarakat majmuk adalah kerukunan hidup yang perlu dipelihara. Oleh itu, semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga sensitiviti pelbagai kaum dan agama dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menggesa supaya siasatan dilakukan terhadap pemimpin politik dan pengamal media yang menjadi ‘makhluk perosak’ yang mencetuskan kegelisahan itu.

“PAS dan pendukung DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) sentiasa komited membela perpaduan kaum di negara ini, dan terbuka untuk berdialog dengan semua pihak di atas prinsip kebenaran. Selain itu, jaminan keselamatan yang perlu dijaga tanpa mengira agama dan bangsa, sebagaimana yang terkandung di dalam Surah At-Taubah ayat 6,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Hadi berkata, status penduduk tetap (PR) yang diberikan kepada Zakir Naik adalah hak asasi manusia yang diiktiraf dunia dan negara bertamadun.

“Hak keselamatan itu juga adalah jaminan Islam terhadap sesiapa yang terancam keselamatannya, walaupun terhadap bukan Islam. Justeru, kerajaan dan agensi berkaitan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertegas dalam memberi jaminan terhadap keselamatan itu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close