Berita UtamaUtama

Dadah jutaan ringgit dirampas

Semua rampasan dianggarkan bernilai RM676 juta

SHAH ALAM, 18 Zulhijjah 1440H, Isnin – Polis mengesahkan terdapat satu rampasan dadah bernilai jutaan ringgit dalam satu serbuan di sebuah premis di Pusat Perdagangan Alam Jaya di Puncak Alam, Kuala Selangor dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Md Asri A Wahab berkata, rampasan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Rampasan dan siasatan dijalankan oleh JKDM, oleh itu kami hanya mengesahkan ada satu laporan polis di Balai Polis Jeram, Kuala Selangor dibuat berhubung rampasan ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Difahamkan menerusi serbuan itu, JKDM telah menemui 11 guni putih mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat 500 kilogram (kg) di premis berkenaan.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 23,230 ketulan mampat mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis kokain dengan berat dianggarkan mencecah 3,230kg.

Semua rampasan itu dianggarkan bernilai kira-kira RM676 juta.

Sementara itu, jurucakap JKDM ketika dihubungi enggan mengulas lanjut penemuan dadah berkenaan dan memaklumkan satu sidang media akan diadakan esok berhubung kes itu. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close