Berita UtamaDuniaUtama

63 maut letupan di majlis kahwin

Pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab lakukan serangan

KABUL, 18 Zulhijjah 1440H, Isnin – Sekurang-kurangnya 63 orang terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam satu letupan menyasarkan majlis perkahwinan di ibu negara Afghanistan, kata pegawai.

Letupan bunuh diri dilaporkan berlaku pada Sabtu malam di dewan perkahwinan di bandar raya, barat Kabul, kawasan minoriti Syiah.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi berkata, wanita dan kanak-kanak adalah antara yang terkorban.

Pengganas Daesh mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu, semalam.

Sementara itu, Taliban menafikan sebarang pembabitan dalam serangan berkenaan, tetapi Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani mengatakan bahawa kumpulan itu tidak boleh bebas daripada dipersalahkan, kerana mereka yang menyediakan platform untuk pengganas.

Majlis perkahwinan kerap menjadi sasaran pengganas berikutan kurangnya kawalan keselamatan oleh pihak berkuasa. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close