Berita UtamaPendapat

Orang politik sembah Dong Zong

Dong Zong mempunyai hubungan erat dengan kerajaan Tembok Besar?

KETIKA saya melewati arkib-arkib berita di internet, terlintas satu artikel dari The Borneo Post dengan tajuk besarnya ‘Najib Lakar Sejarah Hadiri Aktiviti Anjuran Dong Zong’. Kenapa berita ini mendapat perhatian? Kerana Najib Razak adalah Perdana Menteri pertama Malaysia yang menghadiri aktiviti yang dianjurkan pertubuhan rasis Dong Zong sejak 59 tahun lamanya pertubuhan rasis itu bertapak di Tanah Melayu.

Najib ketika itu ditemani menteri-menteri daripada parti Malaysian Chinese Association (MCA), Liow Tiong Lai, Koh Tsu Koon dan Chua Soi Lek. Berita yang saya baca ini adalah berita tahun 2013. Tahu apa yang ada pada tahun 2013 itu? Ya! PRU ke-13. Maka tahulah kita semua, Najib Razak datang ‘menyembah’ Dong Jiao Zong untuk mengutip undi orang Cina. Saja saya nak mengingatkan, selepas PRU13 inilah yang dikatakan Tsunami Cina. Masih teringat lagi muka depan akhbar Utusan Melayu dengan tajuk muka depannya ‘Apa Lagi Cina Mahu?’ sebaik sahaja tamat PRU13.

Nak tahu acara apa yang Najib buat? Selain ‘menggaul’ Lao Shang, Najib diajar menulis seni kaligrafi Cina juga. Alaa macam Maszlee Malik nak ajar seni khat jawi yang tak sampai tiga muka surat tu.

Dek kerana kehadiran Najib Razak yang merupakan julung kalinya seorang Perdana Menteri Malaysia datang ‘menyembah’ mereka, maka Dong Jiao Zong pun menulislah di ruang mereka, katanya mereka melihat keikhlasan di wajah Najib Razak.

Akhirnya, menjelang tahun 2018, ketika berkempen PRU14, Najib Razak menyatakan dengan jelas, betapa kerajaan BN amatlah mesra dengan Dong Jiao Zong melalui kicauan di Twitter dan hantaran di FBnya bahawa kerajaan BN dalam bidang pendidikan sudah pun meluluskan pajakan 99 tahun Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan juga meletakkan pengiktirafan UEC di dalam manifestonya. Itu sebahagian daripada ratusan juta ringgit yang sudah ditabur. Sama sahaja di zaman itu dan zaman sekarang. Dong Jiao Zong tetap menang bukan?

Tak cukup dengan itu, saya dihamparkan pula dengan satu lagi artikel daripada Roketkini. Wadah rasmi parti Tindakan Demokratik (DAP). Dengan tajuk besarnya ‘Hadirin Sambut Hebat Pimpinan Pakatan di Majlis Dong Zong, Buat Tak Kisah Dengan Najib’ (Ya memang panjang macam ni tajuknya saya tak tipu haha).

Wah! Rupa-rupanya bukan Najib Razak dan pimpinan BN saja yang dengan sekonyong-konyong datang ‘menyembah’ Dong Jiao Zong. Sebaik sahaja Najib Razak berangkat pergi, datang pula pimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, wakil-wakil rakyat DAP seperti Tan Kok Wai dan Charles Santiago, Bakal Perdana Menteri ketujuh (ketika itu), Anwar Ibrahim dan isteri dan tidak ketinggalan Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar pun hadir sama.

Istimewa bukan Dong Jiao Zong ini?

Baik di zaman ‘Malaysia Lama’ sehinggalah ke zaman ‘Malaysia Baharu’.

Kelihatan sekonyong-konyong manusia bergelar politikus datang ‘menyembah’ persatuan ini.

Siapakah mereka ini? Apa rupa bentuk dalang di sebalik Dong Jiao Zong ini? Adakah benar seperti apa yang disebut melalui kajian penganalisis IRIS Institute yang menyatakan bahawa Dong Zong mempunyai hubungan erat secara terus dengan kerajaan Tembok Besar dan juga taikun-taikun Cina yang menguasai ekonomi negara kini? Lantaran apa jua yang ‘dikehendaki’ dan ‘diidami’ Dong Zong wajib diterima oleh sesiapa pun yang menjadi kerajaan?

Maka apakah kesudahan nasib rakyat dan pendidikan negara? Sefaham saya, sistem pendidikan adalah nadi utama sesebuah negara bangsa. Jika cacamarba begini, apalah yang kita boleh harapkan 20, 30 dan 40 tahun akan datang? Dan pada siapakah lagi rakyat boleh berharap?

Bangkitlah Pasukan Rakyat!

Hazwan Mohamad
Presiden Professional Muslim Community
Timb Pengerusi UMMAH KL

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close