Berita UtamaDuniaPalestinTimur TengahUtama

Zionis serang Gaza lagi

Israel sengaja gunakan Gaza untuk alih perhatian di Tebing Barat

GAZA, 17 Zulhijjah 1440H, Ahad – Helikopter dan jet pejuang rejim pengganas Israel melancarkan serangan terbaharu ke atas Semenanjung Gaza, tidak sampai 24 jam selepas pesawat perangnya menyasarkan infrastruktur bawah tanah yang dikatakan milik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), semalam.

Press TV yang memetik sumber sebagai berkata, serangan terbaharu lewat malam tadi itu menyasarkan kedudukan Hamas di Gaza, manakala kereta kebal rejim ditempatkan di sempadan yang memisahkan wilayah Palestin diduduki.

Difahamkan, serangan itu berlaku selepas Hamas didakwa melancarkan roket ke atas Israel di Sderot dan wilayah Sha’ar Hanegev, sebagai tindak balas serangan awal Israel semalam.

Sumber rejim itu mendakwa, dua daripada tiga roket yang dilancarkan Hamas telah dipintas dan ditembak jatuh oleh sistem Iron Dome Israel.

Jurucakap Hamas berkata, serangan Israel ke atas Gaza bertujuan untuk mengalihkan perhatian terhadap tindakan rejim itu di Tebing Barat.

Hamas – yang memerintah Semenanjung Gaza – berkata, pihaknya tidak akan membenarkan rejim Israel menggunakan wilayah kecil itu sebagai alasan menutup salah lakunya.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close