Berita UtamaUtama

Terpulang Kabinet putuskan status PR Zakir Naik

Marzuki enggan bazir waktu gaduh sesama sendiri isu Dr Zakir

JOHOR BAHRU, 17 Zulhijjah 1440H, Ahad – Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata, terpulang kepada Kabinet untuk membuat keputusan sama ada kerajaan perlu menarik balik status penduduk tetap (PR) pendakwah Dr Zakir Naik yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Marzuki berkata, keputusan Kabinet adalah keputusan yang ‘paling penting’ berbanding keputusan yang dibuat oleh semua orang.

“Saya tidak mahu komen banyak mengenai hal ini kerana Zakir Naik bukan rakyat Malaysia. Jadi, kita tidak hendak bazirkan waktu untuk bergaduh sesama sendiri.

”Saya fikir biar Kabinet tentukan kerana bagi saya, keputusan Kabinet mengatasi setiap orang,” katanya kepada pemberita pada Program Pemukiman Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Johor, di Savanah Hill Resort di Ulu Tiram, hari ini.

Marzuki yang juga Setiausaha Agung Bersatu diminta mengulas mengenai kenyataan kontroversi pendakwah dari India itu baru-baru ini, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, status PR Zakir boleh ditarik balik sekiranya perbuatannya (kenyataannya) terbukti menjejaskan kesejahteraan negara.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, kerajaan akan menunggu penyiasatan penuh daripada pihak polis berkaitan perkara itu. – Bernama

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close