Dr Ahmad Sanusi AzmiPendapatUtama

Salah faham konsep rahmatan lil alamin

Banyak pendirian DAP yang dilihat bercanggah dengan Islam

SEBAHAGIAN muslim merasakan tidak mengapa membiarkan orang bukan Islam meluahkan pandangan mereka dengan alasan Islam adalah agama rahmah. Mereka berkempen dengan konsep rahmatan lil alamin sehingga membiarkan orang bukan Islam merendahkan agama Islam itu sendiri bahkan terkadang Islam kelihatan dihina.

2. Inilah kebimbangan yang pernah disuarakan sebelum ini. Kenyataan seorang bukan Islam, sekiranya dilihat menghina Islam maka seharusnya seorang muslim menegurnya apatah lagi sekiranya mereka mempunyai kuasa seperti menteri.

3. Jika muslim semuanya mendiamkan diri, maka lahirlah kenyataan demi kenyataan yang dilihat merendahkan bahkan menghina Islam. Ingatkah kita kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan DAP yang secara tidak langsung seakan merendahkan Islam. Antaranya:

a. Ketika Rasulullah ﷺ dihina dan penghina itu menerima hukuman, Lim Kit Siang tampil mempersoalkan hukuman terhadap lelaki yang menghina Rasulullah ﷺ itu. Kata Kit Siang, hukuman itu keterlaluan. Isu penghinaan terhadap Rasulullah ﷺ adalah perkara yang sangat sensitif buat umat Islam.[1]

b. YB Nga Kor Ming DAP pula menyifatkan kerjasama kesatuan umat Islam sebagai tindakan menuju ke arah kerajaan Taliban. Kenyataan beliau dalam Twitter berhubung isu ini dilihat mengguris hati apabila turut menyifatkan dasar penutupan wayang di Kelantan yang dimulakan oleh TG Nik Abdul Aziz sebagai langkah mundur malah menyifatkan sebagai Taliban.[2]

c. YB Kasthuriraani Patto DAP dalam satu coretan di dalam Facebook memerli Kelantan dengan menyatakan seolah hiburan bagi orang Kelantan adalah kanak-kanak wanita. Ini seakan memerli isu perkahwinan kanak-kanak yang berlaku di Kelantan. Malah YB yang sama dalam satu ucapan di Parlimen seakan mempertahankan hak menukar agama yang dilihat oleh muslim seakan hak kebebasan untuk murtad. Isu murtad adalah isu sensitif buat umat Islam.[3&4]

d. Tindakan YB Hannah Yeoh DAP yang memberikan sumbangan kepada Sisters in Islam dilihat menjadi isu sensitifi di kalangan Muslim. Ini kerana, Sisters in Islam telah diwartakan sesat dan menyeleweng oleh Majlis Agama Islam Selangor. Tindakan Hannah itu dilihat seakan memberikan sokong terhadap kumpulan yang telah diisytiharkan sebagai mengamalkan pemikiran liberal yang bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIS.[5]

e. Malah, bagi kes-kes terdahulu, telah banyak disenaraikan beberapa pendirian DAP yang dilihat bercanggah dengan Islam. Tindakan mereka ini memberikan kebimbangan terhadap umat Islam kerana sebahagian kenyataan DAP ini dilihat merendahkan Islam.[6]

4. Ketegasan dalam memelihara agama Islam adalah salah satu prinsip rahmatan lil alamin yang perlu difahami. Perhatikan bagaimana Rasulullah ﷺ sendiri bersikap tegas dalam perkara yang melibatkan urusan agama. Untuk penjelasan lanjut berkenaan salah faham konsep rahmah ini boleh didapati di dalam artikel ini:

https://www.academia.edu/…/Konsep_Rahmatan_Lil_Alamin_Dalam…

Semoga Allah membimbing kita

Rujukan

[1] https://www.projekmm.com/…/tidak-patut-penjara-10-t…/1731090

[2] https://www.malaysia-today.net/…/pas-bekerjasama-dengan-um…/

[3] https://www.ismaweb.net/…/ahli-parlimen-batu-kawan-nafi-so…/

[4] http://www.utusan.com.my/…/apa-motif-kasthuri-patto-1.798559

[5] https://www.freemalaysiatoday.com/…/hannah-yeoh-pertahan-s…/

[6] https://www.malaysia-today.net/…/pemuda-pas-senarai-15-huj…/

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close