Berita UtamaIstimewaUtama

Kerajaan tak mungkin iktiraf komunis pejuang negara

Presiden Isma bidas Kor Ming mahu datuk diberi penghargaan

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 17 Zulhijjah 1440H, Ahad – Layakkah anggota komunis diberi penghargaan sebagai pejuang negara, sedangkan mereka tidak berjuang sebaris bersama askar Melayu, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya.

Beliau berkata demikian membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang mahu mendiang datuknya dan Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh diberi penghargaan sebagai pejuang negara.

“Semasa itu, setahu saya dia (mendiang) di dalam anggota Komunis bukan askar Melayu. Anggota komunis menentang kerajaan dan membawa ideologi sosialis China.

“Mereka menentang Jepun, dan kemudian bila Jepun kalah mereka (komunis) menentang Inggeris yang menjadi kerajaan ketika itu, yang diakui oleh Raja-Raja Melayu,” kata Aminuddin kepada Ismaweb.net, hari ini.

Aminuddin berkata, pada zaman itu jugalah anggota komunis menentang kerajaan dan membunuh ramai orang Melayu.

“Justeru, mana mungkin kerajaan mahu mengiktiraf komunis kerana mereka berjuang bukan untuk membebaskan negara daripada penjajah, tetapi untuk menegakkan ideologi mereka,” katanya.

Terdahulu, Kor Ming tanpa menyebut unit keselamatan yang disertai ahli keluarganya itu berkata, datuknya wajar menerima penghargaan kerana dianggap sebagai pejuang negara dalam peperangan dunia kedua menentang Jepun.

“Mendiang datuk saya dan @hannahyeoh adalah bekas perajurit yang mempertahankan negara semasa perang dunia kedua. Bila Jepun menjajah tanah air kita, mereka yang berkorban mempertahankan kedaulatan negara adalah wira dan wirawati, sumbangan mereka wajib diberi penghargaan,” katanya di Twitter.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close