Berita UtamaIstimewaUncategorizedUtama

Berjasa simpati dengan Armada

Kenapa tak guna saja kuasa di blok kerajaan gantung Dong Zong?

BANGI, 17 Zulhijjah 1440H, Ahad – Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) membidas tindakan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melancarkan petisyen bagi mendesak pertubuhan rasis Cina, Dong Zong diharamkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Jawatankuasa Pusat Berjasa, Hazwan Mohamad berkata, sebagai berkapasiti sayap pemuda di blok kerajaan, Armada perlu membuat tindakan tepat berhubung isu itu.

“Untuk mengharamkan pertubuhan rasis Dong Zong ini saya percaya ianya perlu bermula dengan menyemak dan meneliti semula status pendaftaran pertubuhan ini di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mana duduk letaknya di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Sedarkah Pemuda Bersatu, bahawa presiden parti mereka sendiri adalah orang nombor satu dalam KDN? Apakah Pemuda Bersatu lupa, presiden mereka sendiri mempunyai kuasa untuk mengarahkan siasatan malah untuk menggantung pertubuhan rasis itu?

“Justeru, adalah lebih baik jika Armada mendesak secara total presiden partinya sendiri, mengguna pakai kuasa yang ada daripada menunggang isu ini dan bertindak konon menjadi juara!,” tegas beliau.

Pada masa sama, Hazwan turut menempelak tindakan Armada menggunakan institusi mufti di sebuah negeri di utara bagi meraih populariti, sekali gus menunjukkan mereka menjuarai isu berkenaan.

“Saya bersimpati dengan rakan-rakan Pemuda dalam parti Bersatu, Armada. Setelah lama menyepi dalam isu pertubuhan rasis Dong Zong, tiba-tiba hadir dengan melancarkan sebuah petisyen untuk mengumpulkan tandatangan mengharamkan Dong Zong.

“Sedangkan pada masa sama sebuah solidariti rakyat non-partisan iaitu Gerakan Pengundi Sedar (GPS) telahpun melancarkan petisyen yang sama dan telah mengumpul lebih 100 ribu tandatangan tatkala Armada melancarkan petisyen mereka.

“Nasihat saya pada Armada, silalah buat benda yang tepat sesuai dengan kapasiti yang ada. Bukan buat sekadar buat. Kapasiti mereka ini bukan NGO, bukan pembangkang. Mereka berada di puncak kuasa,” kata beliau.

Sebelum ini, Armada melancarkan satu petisyen menerusi laman web change.org bagi mendesak Dong Zong diharamkan, meskipun ia terlebih dahulu sudah dilakukan GPS.
 
 
 
 
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close