Berita UtamaDuniaUtama

63 maut, 182 cedera letupan bunuh diri di majlis perkahwinan

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan setakat ini

KABUL, 17 Zulhijjah 1440H, Ahad – Sekurang-kurangnya 63 maut manakala 182 lagi cedera dalam satu letupan bunuh diri di sebuah majlis perkahwinan di ibu negara Afghanistan, malam tadi.

Letupan di Kabul itu berlaku kira-kira jam 10.40 malam waktu tempatan di Dewan Perkahwinan Shahr E-Dubai, terjadi selepas Washington dan Taliban dalam peringkat akhir perjanjian yang akan menyaksikan pengurangan tentera Amerika Syarikat di Afghanistan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nusrat Rahimi berkata, antara yang cedera dalam kejadian itu termasuk wanita dan kanak-kanak.

Difahamkan, lebih 1,000 tetamu dijemput ke majlis itu. Gambar di media sosial menunjukkan beberapa mangsa bergelimpangan di dewan hotel.

Saksi berkata, letupan berlaku berhampiran pentas menyebabkan tetamu yang berada di situ termasuk pemain muzik maut.

“Kebimbangan semakin meningkat berikutan serangan itu boleh menjadi serangan paling dahsyat di Kabul tahun ini,” kata saksi.

Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya 14 maut manakala 50 cedera dalam letupan bom kereta di luar balai polis di ibu kota Afghanistan. Taliban mendakwa bertanggungjawab di atas serangan itu. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close