Berita UtamaUtama

8 maut, 10 cedera kebakaran hotel di Ukraine

Polis siasat kemungkinan berlaku pelanggaran syarat keselamatan

KIEV, 16 Zulhijjah 1440H, Sabtu – Sekurang-kurangnya lapan maut manakala 10 lagi cedera dalam kebakaran awal Sabtu di sebuah hotel persendirian di pelabuhan Ukraine, di selatan Odessa.

Perkhidmatan Kecemasan Ukraine dalam satu kenyataan berkata, kebakaran berlaku sekitar jam 1.34 pagi waktu tempatan di hotel Tokyo Star di selatan bandar itu.

Bagaimanapun, ia tidak memberi maklumat mengenai punca kebakaran dan berapa ramai orang yang menginap di hotel terbabit ketika kebakaran  berlaku.

Pihak berkuasa Odessa berkata, kira-kira 150 orang dipindahkan dari kawasan itu.

Kebakaran dipadamkan tiga jam kemudian oleh 65 anggota bomba dengan 13 jentera kecemasan. 

Polis membuka kertas siasatan terhadap kemungkinan berlaku pelanggaran syarat keselamatan kebakaran dan punca insiden sedang disiasat. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close