Berita UtamaPendapatUtama

Akidah pemuda Kahfi

Rahmat akan diperoleh buat umat pelihara akidah

1. RASULULLAH ﷺ berpesan kepada kita supaya sentiasa membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat. Sabda Rasulullah ﷺ :

من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة أضاء له من النور ما بينه وبين البيت العتيق

“Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, Allah SWT akan memberikannya cahaya yang meneranginya sehingga ke Baitil Atiq (dilangit).” (HR al-Nasa’i.)

(Sebahagian hadith tentang perkara ini dihukumkan sebagai daif, namun  Sheikh Bin Baz berkata, terdapat riwayat yang sahih menceritakan amalan Ibn Umar yang konsisten membacanya setiap hari Jumaat).

2. Surah al-Kahfi ini mengingatkan kita tentang perjuangan sekumpulan pemuda yang menyelamatkan iman mereka dari pemerintah yang zalim. Mereka yang berusaha untuk memerdekakan akidah mereka akan dipelihara oleh Allah SWT. Lihatlah bagaimana Allah SWT mengekalkan jasad mereka dalam tempoh ratusan tahun, satu kemuliaan yang Allah kurniakan buat mereka.

3. Menurut al-Imam al-Sa’di, Allah SWT turut mempermudahkan urusan doa mereka. Lihatlah bagaimana Allah SWT memperkenankan doa pemuda kahfi ini. Firman Allah:

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً

“Dan ketika mana kumpulan pemuda itu memasuki gua itu, mereka berdoa, wahai Tuhan kami, berikanlah kami rahmat.”

4. Lihat bagaimana Allah SWT mengurniakan rahmat buat mereka yang sentiasa memelihara perihal akidah mereka. Ini bererti rahmat akan diperolehi melalui kesungguhan menjaga akidah, bukan menggadaikan akidah kepada fahaman liberal dan plural.

5. Perhatikan bagaimana Allah SWT turut pernah memelihara Nabi Ibrahim A.S yang berjuang mempertahankan akidah tauhid. Allah SWT menyelamatkan Baginda daripada ancaman kaumnya yang berusaha membakar Nabi Ibrahim A.S.

6. Sempena hari Jumaat yang mulia ini, marilah bersama menghidupkan sunnah bacaan Surah al-Kahfi. Hayati perjuangan kumpulan pemuda ini yang mempertahankan akidah mereka. Rahmat akan diperoleh buat mereka yang mempertahankan akidah Islam dan bukan mereka yang menggadaikan akidah umat.

Semoga Allah SWT membimbing kita semua.

 

 

 

 

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close