Berita UtamaUtama

Dong Zong terlalu jumud

Kumpulan pendesak Cina tak kenang budi sumbangan kerajaan

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 14 Zulhijjah 1440H, Khamis – Tindakan biadab Dong Zong mengadakan petisyen membantah pembelajaran jawi dan khat, mempamerkan sikap benci pertubuhan rasis itu terhadap usaha mengharmonikan perpaduan kaum sedia ada.

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Ipoh, Ustazah Dr Nornajwa Ghazali berkata, Dong Zong sepatutnya menghormati keputusan muktamad Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menzahirkan kerjasama bagi melaksanakan dasar yang diputuskan oleh kerajaan.

“Sikap Dong Zong bukan kerana mereka takut dengan bayang-bayang sendiri tetapi nyata Dong Zong terus menerus menunjukkan sikap rasis, jumud dan sentiasa mengapi-apikan isu perkauman dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

“Kita yakin sebahagian besar masyarakat Cina sendiri tidak bersetuju dengan bantahan Dong Zong dan ini memberi imej buruk pada sebahagian besar kaum Cina di negara ini kerana tidak menjaga sensitiviti kaum lain terutama masyarakat Melayu.

“Justeru, kerajaan perlu bertindak mengharamkan Dong Zong bagi menyekat siri-siri rantaian yang menggugat suasana yang tidak sihat terhadap perpaduan negara,” katanya kepada Ismaweb.net.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kumpulan pendesak Cina itu merancang untuk melancarkan petisyen menentang sukatan pelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular, walaupun Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa ia tidak akan menjadi subjek peperiksaan, selain dilaksana secara pilihan.

Mengulas lanjut, Ustazah Nornajwa berkata, tindakan Dong Zong jelas menunjukkan mereka tidak menghargai, jauh sekali mengenang budi sumbangan Kementerian Pendidikan (KPM) selama ini yang tidak pernah meminggirkan pembangunan sekolah vernakular.

“Dong Zong sepatutnya berterima kasih di atas keterbukaan kerajaan meneruskan operasi pendidikan di sekolah vernakular.

“Keizinan dan keberadaan sekolah vernakular dalam negara Malaysia sepatutnya menjadikan Dong Zong lebih bersifat terbuka dengan budaya orang lain, tidak menolak sesuatu keputusan kerajaan dengan emosi apatah lagi membuka pintu kebencian sesama kaum,” katanya.

Semalam, Kabinet memutuskan pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) diteruskan mulai tahun depan.

Pelaksanaannya bagaimanapun hanya dilakukan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid SJK manakala di Sekolah Kebangsaan akan diteruskan seperti biasa.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close