Berita UtamaDuniaUtama

Banjir ragut 270 nyawa di India

Sejuta penduduk di empat negeri paling teruk terjejas

NEW DELHI, 14 Zulhijjah 1440H, Khamis – Banjir dan tanah runtuh di India mengakibatkan lebih 270 orang terkorban dan sejuta orang kehilangan tempat tinggal bulan ini, kata pihak berkuasa semalam selepas dua minggu hujan lebat di negara itu.

Negeri Kerala, Karnataka, Maharashtra dan Gujarat adalah antara yang paling teruk terjejas akibat banjir.

Sekurang-kurangnya 95 maut dan lebih 50 hilang di Kerala, di mana hujan lebat pada minggu lalu menyebabkan berlaku tanah runtuh dan memerangkap 100 peduduk.

Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan berkata, kira-kira 190,000 orang masih berada di kem kemanusiaan, bagaimanapun sebahagian daripada mereka pulang ke kediaman masing-masing selepas banjir mula surut.

Di kawasan kejiranan Karnataka, 54 maut manakala 15 lagi hilang selepas tebing sungai pecah apabila pihak berkuasa melepaskan air daripada empangan. Hampir 700,000 penduduk telah dipindahkan daripada negeri ini.

Sementara di Maharashtra, termasuk ibu kota kewangan Mumbai, sekurang-kurangnya 48 maut, bagaimanapun kata seorang pegawai negeri banjir mula surut di negeri itu.

“Kami sekarang ini cuba memulihkan bekalan elektrik dan minuman,” katanya.

Di Madhya Pradesh, pengeluar kacang soya terbesar, hujan lebat membunuh 32 penduduk dan merosakkan tanaman, kata pihak berkuasa. Manakala di Gujarat, 31 maut akibat bencana sama, sementara tanah runtuh di utara negeri itu membunuh hampir 12 orang.

Hujan lebat diramalkan dalam tempoh 24 hingga 48 jam lagi di beberapa kawasan Karnataka, Maharashtra, Gujarat, serta Madhya Pradesh, kata pegawai Pusat Ramalan Cuaca. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close