Berita UtamaPendapatUtama

Ada menteri sembang kosong

Youth Power tidak diangkat bagi pertahan ulama, Melayu Islam

BARU-BARU ini, negara dikecohkan dengan kenyataan Dr Zakir Naik berkenaan “menyuruh kaum Cina keluar dari Malaysia” ketika ceramah beliau di Kelantan.

Berikutan dari kenyataan itu yang sebenarnya diputar-belitkan oleh portal liberal Malaysiakini, telah menyebabkan pihak Cauvinis DAP dan Hindraf melenting. Kedua puak ini sepakat meminta kerajaan Malaysia menghalau Dr Zakir pulang ke India.

Salah seorang menteri Kabinet, YB Syed Saddiq tidak lebih hanya seperti kanak-kanak yang sedang bermain dengan boneka. Selepas kenyataan itu tersebar, beliau dengan lantangnya menyokong puak cauvinis dan Hindraf untuk mengeluarkan Dr Zakir Naik dari negara ini.

Alasan yang digunakan adalah Dr Zakir Naik telah mengeluarkan kenyataan hasutan terhadap warganegara Malaysia iaitu kaum Cina. Hal ini menjadi polemik apabila banyak isu keharmonian negara sedang berkecamuk saat ini.

Tetapi beliau (YB Saddiq) hanya mendiamkan diri. Isu tulisan Jawi, isu kenyataan rasis dari Dong Zong, isu Angkatan Tentera Malaysia yang difitnah hanya makan dan tidur dan isu penukaran warna bendera Malaysia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua isu yang sedang merobek keharmonian negara ini langsung tidak disuarakan dan diulas oleh YB Saddiq dan mana-mana ahli Parlimen Melayu yang lain.

Mengapa apabila cauvinis DAP dan puak Hindraf bersuara menghalau Dr Zakir, laju saja YB Saddiq menyokong dan mengiyakan kenyataan fitnah portal Malaysiakini.

Dr Zakir telah berstatus Penduduk Tetap. Apa masalahnya jika beliau masih tinggal di sini? Apa ancamannya pada kita? Sudah berapa tahun beliau di sini, tiada satu masalah pun yang timbul yang menyebabkan keharmonian negara tergugat.

Ironinya, rakyat Malaysia sendiri yang meleburkan keharmonian itu sehingga menyebabkan berlakunya pembunuhan. Bahkan. terdapat menteri Kabinet sendiri telah menghasut dan mengeluarkan kata-kata yang menjejaskan keharmonian kaum.

Sedih. Pilu. Menteri hanya tahu sembang kosong. Youth Power yang diangkat semata-mata untuk memuaskan kehendak nafsu anak muda.

Mengapa tidak ditunjukkan Youth Power itu untuk mempertahankan golongan ulama dan Melayu Islam? Maaf, saya sungguh kesal dengan sikap menteri sebegini.

Nurul Hajjar Atan
Aktivis Isma Johor Bahru

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close