PendapatUtama

Tentera hanya makan dan tidur sahaja?

Koon Yew Yin seolah-olah merendahkan kedudukan tentera negara

AHLI perniagaan, Koon Yew Yin menggesa kerajaan PH supaya mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang dikatakan terlalu besar. Beliau menyifatkan perbelanjaan kepada penjawat awam terlalu banyak sehingga menyifatkan Tentera DiRaja sebagai “hanya makan dan tidur sahaja malah ramai yang tidak pernah menembak.” Kata beliau:

“As you know, the arm forces personals are doing nothing except eating and sleeping. In fact, almost all of them have never fired a shot except at target practice.”

Baca: https://klse.i3investor.com/blogs/koonyewyinblog/219043.jsp

2. Koon Yew Yin seakan meluahkan rasa kesal beliau atas prestasi kerajaan PH. Kenyataan ini tidak menghairankan kerana beliau dikatakan telah menyumbangkan sebanyak RM100,000 dan berkempen buat PH dalam pilihan raya yang lalu. Kenyataan ini direkodkan oleh Malaysia-Today yang menyebut:

“During the last general election, I donated more than RM100,000 to each of the four component parties of Pakatan Harapan. Moreover, I campaigned for each of them.”

Baca: https://www.malaysia-today.net/…/i-donated-more-than-rm100…/

3. Biarpun banyak memberikan sumbangan buat kerajaan PH, ini tidak bererti Yew Yin boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan seakan merendah-rendahkan Tentera Diraja Malaysia. Bahkan kenyataan seperti inilah yang sangat membimbangkan, sama seperti pendirian Dong Zong yang disifatkan Tun Mahathir sebagai rasis dan melampau, yang memberikan gambaran yang salah mengenai sesuatu.

4. Sepanjang PH memerintah, terdapat beberapa misi antarabangsa yang telah disertai oleh angkatan tentera kita termasuklah penyertaan ke United Nations Interim Force di Lubnan (UNIFIL) dan International Monitoring Team Mindanao di Filipina. Seramai 850 anggota dikatakan terbabit. Ini tidak termasuk tugas menjaga sempadan dengan kerjasama tentera Indonesia dan sempadan yang lain. Tentera kita bukan makan dan tidur sahaja seperti yang disangka oleh Koon Yew Yin.

5. Bukan sahaja menjaga keamanan, Tentera Diraja Malaysia turut pernah memenangi anugerah inovasi di Rim of the Pacific (RIMPAC) 2018 Innovation Fair pada 2 Julai 2018 di era keajaan baharu. Melalui kreativiti ciptaan “Floating DC (Damage Control) Bag,” tentera Malaysia berjaya menewaskan penyertaan pasukan tentera lain termasuklah dari Korea dan India.

6. Barangkali sekiranya diteliti, terdapat lebih banyak lagi sumbangan yang dicurahkan oleh Tentera Diraja Malaysia. Dan sumber-sumber ini boleh didapati dalam tulisan roman dan bukannya tulisan jawi yang tidak ingin dipelajari oleh Dong Zong. Dengan itu, untuk menyifatkan mereka sekadar makan dan tidur sahaja seakan berniat untuk merendahkan kedudukan Tentera Diraja Malaysia.

Semoga Allah memelihara Malaysia dari anasir jahat. Semoga Allah membalas jasa para anggota tentera yang berbakti kepada tanah air ini.

PenafianArtikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Anda juga meminati

Close
Back to top button
Close