Berita UtamaDunia

Russia lancar bom ketika rombongan PBB ke Ukraine

Presiden Zelenskyy ulangi ikrar supaya tentera Russia bertanggungjawab

KYIV, 27 Ramadan 1443H, Jumaat – Russia melancarkan serangan peluru berpandu ke seluruh Ukraine termasuk meletupkan bandar Kyiv ketika rombongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan lawatan ke negara tersebut.

Pengeboman berlaku kira-kira sejam selepas Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengadakan sidang media bersama Setiausaha Agung PBB, António Guterres.

Jurucakap Guterres berkata, satu daripada serangan peluru berpandu dilancarkan di bandar Kyiv berhampiran hotel yang menjadi penginapan Guterres dan delegasinya sepanjang lawatan.

Namun bernasib baik kerana ketika peluru dilancarkan kesemua delegasi berkenaan tiada di hotel kerana sedang mengadakan mesyuarat di pejabat Perdana Menteri.

Bagaimanapun seorang terkorban dan beberapa yang lain mengalami kecederaan termasuk beberapa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan.

Serangan terbaharu itu berlaku ketika Guterres meninjau kemusnahan bandar-bandar kecil di luar bandar raya tersebut.

Beliau mengutuk kekejaman yang berlaku di beberapa bandar termasuk Bucha selain penemuan bukti pembunuhan besar-besaran terhadap orang awam selepas Russia berundur, awal April lalu.

Sementara itu, menerusi video Zelenskyy mengulangi janji supaya tentera Russia bertanggungjawab di atas jenayah perang yang mereka lakukan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button