Berita UtamaUtama

Tak faham khat akibatkan kekeliruan, sikap prejudis

Seni khat harus dilihat dalam konteks gabung jalin perkaya seni

NILAI, 13 Zulhijjah 1440H, Rabu – Tulisan khat jika tidak benar-benar difahami, boleh mengakibatkan kekeliruan dan lebih teruk lagi ialah sikap prejudis, kata pensyarah kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Datin Dr Sapora Sipon, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, agak sukar untuk mencapai keharmonian jika sesuatu perkara atau perlaksanaan dilihat dari aspek budaya emik sahaja.

“Budaya emik ialah melihat sesuatu perkara dari perspektif (sesuatu) budaya itu sahaja. Budaya etik pula melihat sesuatu merentasi budaya atau warisan dan ia menjangkaui fahaman politik dan bias budaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan beberapa pemimpin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menggesa anggota Kabinet daripada parti itu membantah rancangan Kerajaan memperkenalkan tulisan khat dalam kurikulum Tahun Empat Bahasa Melayu bermula tahun hadapan.

Mengulas lanjut, Dr Sapora berkata, dalam konteks isu tulisan khat ini, ia sememangnya bertujuan memperkayakan murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.

“Ia bukan satu pembelajaran komprehensif untuk menguasai jawi dan tiada pentaksiran akan dijalankan bagi tulisan khat. Justeru, ia harus dilihat dalam konteks gabungjalin memperkayakan seni warisan khat, yang melangkau sebarang perasaan prejudis dan salah faham dari budaya lain.

“Memandangkan Malaysia adalah negara pelbagai budaya dan etnik, amalan memahami budaya warisan sendiri dan menerima kekayaan budaya kaum lain adalah penting,” katanya. -Bernama

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close