Berita UtamaIstimewaUtama

Pemimpin Dong Zong patut disumbat dalam penjara

Siasat sumber kewangan pertubuhan rasis Cina: Ridhuan Tee

BANGI, 13 Zulhijjah 1440H, Rabu – Pemimpin Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu ‘disumbatkan’ ke penjara dan ditarik kewarganegaraan kerana rasis dalam memperjuangkan pendidikan kaum Cina.

Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, kerajaan perlu bertindak sedemikian seperti yang pernah dilakukan terhadap terhadap pengasas Dong Zong, mendiang Lim Lian Geok.

“Untuk makluman, Lian Geok, generasi pertama mendatangi Tanah Melayu, adalah pengasas Dong Jiao Zong dan SMPC (Sekolah Menengah Persendirian Cina). Beliau dikenakan tindakan penjara dan ditarik kewarganegaraannya kerana terlampau rasis dalam memperjuangkan pendidikan Cina.

“Lian Geok ini juga menjadi idola pemimpin Dong Zong hingga kini sehingga namanya disemadikan pada beberapa tempat seperti dewan dan pusat penyelidikan,” katanya ketika dihubung Ismaweb.net.

Ridhuan Tee turut mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk mengkaji tindak tanduk Dong Zong sejak mula ditubuhkan oleh Lim Lian Geok, sehingga ke hari ini.

Katanya, tindakan itu penting agar rakyat dapat mengetahui tindakan subversif, rasis dan komunis pertubuhan berkenaan yang begitu bahaya dalam pembangunan negara bangsa Malaysia.

Malah beliau turut menggesa kerajaan menyiasat sumber kewangan Dong Zong, Jiao Zong, Hua Zong dan lain-lain pertubuhan rasis kerana mampu mempunyai premis sendiri.

“Saya amat yakin, sebahagian besar peniaga-peniaga Cina yang berskala besar dan kecil, memberi sumbangan yang begitu banyak terhadap pertubuhan rasis yang menanamkan kebencian kaum ini.

“Jika sebuah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di salah sebuah sekolah yang saya kaji mempunyai baki penyata kewangan melebihi satu juta setiap tahun, bayangkan lebih 1,300 sekolah yang mereka ada. Jika PIBG sudah kaya, sudah tentu persekutuan persatuan-persatuan mereka teramat kaya.

“Jika tidak, mana mungkin mereka mempunyai bangunan, sekolah dan kolej universiti serta universiti sendiri dalam skala besar? Ini tidak termasuk lebih 9,000 persatuan yang lain, bernaung di bawah Hua Tuan dan Hua Zong,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menyokong ketegasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berhadapan dengan kumpulan pendesak Cina, Dong Zong.

“PM menyerahkan kepada polis untuk bertindak. Lihatlah bagaimana parti politik ultra kiasu dan kumpulan itu mempertahankan mereka.

“Masih kita buta? Jika mahu haramkan Dong Zong, saya cadangkan haramkan UEC bersekali.

“Jadikan SMPC yang mengeluarkan UEC, dikelolakan oleh Dong Zong ini, kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina yang berada dalam sistem pendidikan negara,” kata beliau.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close